Monday, December 12, 2011
Sunday, September 4, 2011
Isu Penetapan Tarikh HARI RAYA...!!

ISU . .
JEDDAH - Sejumlah cendiakawan Islam mengancam untuk menyaman seorang ahli astronomi Arab Saudi yang juga seorang saintis, Khaled Al-Zaaq kerana meragui tarikh Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Khaled sebelum ini mempertikaikan pengakuan beberapa rakyat Arab Saudi yang mengaku melihat anak bulan Syawal pada hari Isnin lalu.
Beberapa rakyat yang melihat anak bulan itu membuat penemuan tersebut kepada Jawatankuasa Melihat Bulan di Arab Saudi yang dikenali sebagai Hilal yang kemudian memutuskan Aidilfitri jatuh pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, Khaled menyatakan apa yang dilihat oleh rakyat Arab Saudi itu adalah planet Zuhal dan bukan anak bulan Syawal.
Beberapa cendiakawan mempertahankan kenyataan kumpulan orang yang melihat anak bulan itu dengan menyatakan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tepat.
Anak bulan itu amat jelas kelihatan pada malam hari Selasa lalu.
Ia sekali gus menyokong kumpulan orang yang melihat anak bulan itu.
Sejumlah penduduk di kawasan Al-Ais menyatakan mereka melihat anak bulan itu pada Isnin lalu selama setengah jam.
Kumpulan orang yang dipilih untuk melihat anak bulan itu merupakan golongan yang berintegriti.
Mufti Besar, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh semasa membacakan khutbah Jumaat lalu di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh menyatakan, ahli astronomi yang mempertikaikan anak bulan tersebut cuba untuk memaksakan pandangan mereka ke atas rakyat.
"Kami mengikuti ajaran Sunah Nabi kita dengan kuat semasa menentukan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya. - Agensi
SUMBER : Kosmo
CARA MEREKA : Buang bayi untuk Tuah@luck

Ritual ini diadakan di kampung Harangal, Parbhani, di barat India Maharashtra

bayi akan dilepaskan dari satu tempat yg mempunyai ketinggian 50 kaki.

kemudian, dilepaskan....tidakkkk, tolong saya...

Akhirnya, orang yg kat bawah menyambutnya..
~Pelik tapi benar~
Saturday, September 3, 2011
PELIK : Baby Jumping Festival (festival lompat bayi)
Baby-Jumping Festival Cleanses Babies of Sin

Festival ini merupakan adat orang sepanyol.


kalau dia terjatuh ni, . .. .
Friday, September 2, 2011
KISAH : SANG BUAYA & SANG BADAK (versi Moden)

pada suatu hari, sang buaya ingin pergi ke seberang sungai untuk makan epal. Namun terdapat banyak badak yg sedang mandi di sungai itu. Lalu si buaya mendapat idea, si buaya cuba menggunakan tipu helah sang kancil. Kemudian si buaya menyurh badak2 untuk berkumpul dan menaiki badan badak tu. Alasan si buaya ialah dia mahu merasa kelicinan kulit badak2 tu.

Dengan senang hati si buaya pun bejoging di atas badan badak2 tu. Tiba2 si buaya pura2 jatuh (sebenarnya si buaya jatuh sebab dia mahu KenTUT). Belum sempat dia jatuh, dia dah terkentut....prrrrttttttttt.....
Si badak : oiiiii sapa kentut ni....bau telur lagi tuuu...

Dengan perasaan yg amat marah, si badak MEMBAHAM si buaya.....si buaya x mampu berbuat apa2.

Si badak semakin agresif. Manakala rakan2 si badak sibuk meRAKAM adegan tersebut untuk di UPLOAD kat FACEBOOK.
~malang memang berbau~
~kasihan sang buaya ~
MALANG SUNGGUH NASIBMU....Masih ada harapan buatmu!!

tengok tikus tu, x putus asa untk meneruskan hidup
sang kodok sedaya upaya menelan rezeki.

pemangsa-mangsa
Thursday, August 25, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
KREATIF : Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju

idea baru di china.
CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.
Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.
Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.
Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.
Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi
Terorrist Win! : Penduduk Libya rai kejayaan tewaskan Gaddafi

TRIPOLI, Libya - Pemberontak dan penduduk Libya meraikan kejayaan mereka di Dataran Hijau di sini semalam selepas mereka menawan kebanyakan kawasan di ibu kota negara berkenaan.
Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan.
Pergolakan di Libya bermula pada Februari lalu apabila sejumlah penduduk berhimpun di Benghazi dan Al Baida pada Februari lalu bagi menuntut kebebasan hak asasi manusia sebelum bertukar menjadi peperangan di antara pemberontak dengan tentera Gaddafi.
Setakat ini, hanya terdapat beberapa penentangan kecil oleh saki baki tentera Gaddafi di sini.
Terdahulu, stesen televisyen Libya menyiarkan rayuan Gaddafi kepada rakyat negara itu supaya bangkit demi mempertahankan pemerintahannya.
Pejuang pemberontak kini menawan anak lelakinya yang juga pewaris Gaddafi, Seif al-Islam.
Seif dan bapanya sebelum ini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda kerana jenayah kemanusiaan.

Pejuang-pejuang pemberontak dari barat Libya mara lebih 30 kilometer dalam masa cuma beberapa jam kelmarin dengan menawan beberapa buah bandar dan sebuah pangkalan tentera semasa menuju ke sini.
Gaddafi ialah pemimpin dunia Arab yang paling lama memerintah.
Beliau mentadbir negara Afrika Utara yang dihuni cuma enam juta penduduk dan kaya dengan minyak itu selama 42 tahun.
Sejak bertahun-tahun lamanya, pemimpin beliau dituduh mendalangi pengeboman pesawat 747 milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Pan Am yang meletup di Lockerbie, Scotland dan membunuh 270 orang. - AP
sumber : KOSMO!
SEGMEN : PROMOSI BLOG 500 FOLLOWER KE BAWAH
Sunday, August 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)